Wednesday, September 12, 2007

PAS N9

PAS N9 perlu pantas bertindak untuk menghadapi pilihanraya. PAS N9 perlu bijak membuat pertimbangan dengan mood pengundi di N9. Harus kita sedar bahawa rakyat N9 telah sekian lama bergelumang dengan UMNO/BN, maka kepekatan "nasionalis-sekularismanya" juga berada ditahap maksima.

PAS N9 tidak boleh menunggu hari pengisytiharan pilihanraya dan kemudian baru bertindak. UMNO/BN mampu berbuat demikian kerena mereka punyai kuasa untuk melakukan "salah kuasa". Bila2 masa sahaja pimpinan UMNO/BN boleh mempergunakan agensi2 kerajaan.

Maka dengan kekuasaan yg dibataskan oleh UMNO/BN, maka PAS N9 seharusnya memulakan gerak kerja pilihanraya dengan meningkatkan kelengkapan dan kesediaan dibahagian logistik. Perancangan tindakan / aktiviti selepas pembubaran parlimen perlu di nilai secara terperinci. Jangan malam penamaan calon, baru sibuk nak cari tenaga kerja untuk pasang poster dan bendera.