Tuesday, May 22, 2007

Kewujudan Galaxy - Kehebatan & Keagungan ALLAH


Maha Hebat dan Maha Agung Allah swt kerana kewujudan galaxy adalah salah satu dari bukti2 kehebatan dan keagungan-Nya yang dibentangkan dihadapan mata2 manusia. Ia adalah bukti dari bukti2 yang tidak terkira banyaknya, dan tidak terfikir akan akal kita sebagai manusia.

Al-Quran turut merakamkan kejadian alam semesta ini dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya. Malah dalam kegemilangan Tamadun Islam yang lampau juga, cendiakawan/para alim ulama Islam turut menyumbangkan buah fikiran dan tenaga untuk perkembangan ilmu astronomi atau dikenali dengan ilmu falak.
Oleh yang demikian, ilmu astonomi @ falak, bukan sesuatu yang janggal dalam Islam. Malah ilmu itu juga turut digunakan sehingga kehari ini untuk menentukan waktu solat, puasa dan bulan2 Islam.

Walaupun dari segi teknologi dan kemampuan penerokaan angkasaraya masih lemah dikalangan dunia Islam masa kini berbanding negara Barat, namun itu tidak bermakna umat Islam perlu statik dan tidur. Kita perlu menggerakan langkah yang telah lama lesu untuk merealisasikan cita2 mewujudkan kembali Kegemilangan Tamadun Islam di abad ke-21 dan seterusnya.

Tidak cukup hanya sekadar menghantar 1 atau 100 atau 1000 orang ke angkasa dengan menumpang pesawat yang dimiliki oleh negara lain. Seorang atau 2 orang sudah memadai menjadi wakil kepada negara ini menumpang kasih diatas program/misi penorakaan angkasa lepas bagi negara lain. Ia sudah cukup dijadikan inspirasi, yang lebih penting adalah bagaimana kita perlu menjana keupayaan kita sendiri.

Tidak perlulah bergolok bergaidai semua perbendaharaan negara @ wang rakyat hanya untuk membeli dan memasang roket di negara kita. Adalah lebih penting negara kita memulakan dengan R&D dan secara selari mendidik masyarakat (khususnya para pelajar sekolah atau penuntut universiti) mengenali dan mencintai ilmu astonomi@falak.

Dengan R&D, negara kita akan lebih kuat. Lihat sahaja nasib proton, lemah dan terumbang ambing, semua ini kerana proton lemah di bidang R&D (selain pengurusan) dan mereka tidak mampu berdikari. Inilah disebabkan permulaan kewujudan proton adalan dari "menciplak" dan menjenamakan semula product orang lain. Siapa yang tidak tahu proton mirip kenderaan mana? Semua orang tahu.

Maka perlu ada perubahan.

Penerokaan angkasa perlu dimulakan dengan kekuatan ilmu dan R&D.

Nak tahu pasal galaxy?